Monday, May 18, 2009

MENIRU YANG POSITIF

Adakalanya untuk mencapai sesuatu kecemerlangan kita terpaksa belajar dengan meniru pengalaman pihak lain. Belajar dengan cara meniru untuk mencapai kecemerlangan organisasi bukanlah suatu kerja hina atau memalukan. Bahkan ia adalah suatu jalan pintas yang lebih selamat berbanding dengan kaedah 'trial and error' yang belum pasti akan berhasil dengan cemerlang. Lihat contoh negara Jepun yang telah bangkit setelah negaranya ranap dan hancur dalam Perang Dunia 2. Mereka meniru dari negara-negara maju bagaimana untuk menghasilkan produk-produk ekonomi, pentadbiran dan sosial untuk negara mereka.

MOTIVASI DIRI

PRASYARAT MENJADI GURU BERKUALITI. SIAPAKAH SEBENARNYA GURU BERKUALITI, BERMUTU DAN BERKESAN ?

Ciri-ciri guru idaman pelajar :
1. Mereka melayan pertanyaan kami dengan ikhlas walaupun di luar sekolah
2. Sentiasa memberi galakan menyebabkan kita rasa boleh berjaya
3. Mereka tidak bersungut dan merendahkan kami kalu kami tidak faham
4. Bersedia menerangkan semula segala-galanya sehingga kami benar-benar faham dan tahu
membuatnya.
5. Mereka rajin, air mukanya sentiasa riang dan ceria.
6. Mereka tegas mengawal kelas dan budak-budak takut dengan mereka.
7. Mereka tunjuk cara dan tiap langkah membuat satu-satu tugasan.
8. Mereka memberi maklum balas yang jelas dan tentang kesalahan tugasan kami