Friday, May 21, 2010

Cara menangani tekanan di tempat kerja

Tekanan atau stress di tempat kerja sering dianggap membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi, akal dan fikiran. Namun dari sudut yang lain, tekanan inilah yang memberi kesan positif kepada pekerja. Tekanan boleh dianggap sebagai satu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi pekerja untuk mencapai sesuatu tujuan. Tekanan adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti pekerja. Walau bagaimanapun tekanan yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kita.
Dalam menghadapi tekanan kerja umat Islam perlu yakin dan percaya bahawa itu adalah ujian Allah swt. Dengan mengubah persepsi kita terhadap tekanan yakni dengan menukar tekanan menjadi cabaran, melihat masalah sebagai peluang dan mengubah tekanan menjadi rangsangan dalam alam pekerjaan, kita akan terdorong untuk melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.
Mengikut Imam Tirmizi. Nabi Muhammad saw. bersabda bermaksud, "Manfaatkan 5 sebelum datang 5 , masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati."
Kesimpulan hadis ini menjelaskan bahawa mereka yang berjaya ialah mereka yang mempunyai perancangan awal dalam hidup dan merupakan golongan yang proaktif serta ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu, kerja-kerja yang dilaksanakan dengan penuh perancangan , tiada bertangguh, tiada kerja pada saat-saat akhir, sekaligus mengelakkan suasana kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan kepada diri.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Artikel yang menarik saudar/i :

    Tekanan di tempat kerja boleh menjadikan kita produktif atau sebaliknya.Maka kita perlulah bijak melatih diri agar tidak terpengaruh dengan pesekitaran tempat kerja yang menekan.Oleh itu di blog http://www.mohdfadhil.com anda dapat membaca kisah yang boleh dijadikan contoh dalam menghadapi situasi tekanan di tempat kerja.

    -Terima Kasih-

    ReplyDelete